Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berdukacita dengan insiden kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI awal pagi ini.
Perdana Menteri turut mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mangsa.














