KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Batik Air merakamkan ucapan takziah dan simpati susulan nahas tragis pesawat Air India Penerbangan 171 yang terhempas berhampiran Ahmedabad, India, petang tadi.
“Dalam dunia penerbangan, kami mungkin beroperasi di bawah nama yang berbeza, namun dalam saat-saat sukar seperti ini, kami berdiri bersama sebagai satu keluarga penerbangan.
“Kepada para penumpang, anak kapal, serta ahli keluarga dan orang tersayang, doa dan ingatan kami bersama anda hari ini,” katanya.

Sebentar tadi, dunia dikejutkan dengan laporan sebuah pesawat Air India dilapor terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di negeri barat India, Gujarat hari ini.
Nahas di kawasan Meghaninagar, menurut laporan Press Trust of India yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Beberapa ambulans telah dikejarkan ke lokasi kejadian, dan pasukan kecemasan kini sedang menjalankan operasi menyelamat pada masa ini. – MalaysiaGazette
















