KUALA LUMPUR – Polis menemukan mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh di rumah kedai di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, wanita berusia 37 tahun itu dijumpai terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik.
“Pada mulanya, pemeriksaan pada badan mayat mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan tiada kesan cedera,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Noor Ariffin, mangsa telah tinggal beberapa bulan di rumah tersebut dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan mendapati telah mengalami retak di kepala disyaki dipukul objek tumpul dan kemas akibat ditekap.
Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sesiapa sahaja mempunyai maklumat boleh menghubungo Asisten Supritendan Puteri Noor Asiah Shariff di talian 012-671 8024. – MalaysiaGazette
















