PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan kerajaan bagi mengetepikan perintah pemindahan hak milik 263.272 ekar (106.541 hektar) tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. (SESB).
Ini bermakna, Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan tidak perlu mendaftarkan semula tanah di Mukim Batu di sini kepada SESB.
Keputusan sebulat suara itu diumumkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lee Swee Seng yang bersidang bersama-sama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Mahkamah kemudian memerintahkan pampasan dibayar kepada syarikat itu yang akan ditaksir oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 90 hari melalui analisis pakar.
Berita selanjutnya menyusul .
















