Kompleks Mahkamah Indera Mahkota, Kuantan.

KUANTAN – Mahkamah Sesyen Kuantan mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ahli perniagaan wanita, Datuk Azjuriyahti Azlan, 46 selepas gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Perintah waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Noor Aisah Mohamed selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Hadi Abdul Muti.

Ia kerana wanita itu tidak hadir bagi mendengar pertuduhan yang dibuat ke atasnya mengikut Seksyen 591 (2) (a) Akta Syarikat 2016 meskipun notis secara tampalan telah diserahkan pada 11 Jun lepas.

Abdul Hadi memaklumkan mahkamah bahawa notis tersebut telah dibuat di dua alamat iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor kerana serahan saman secara bersemuka tidak dapat dilakukan.

Justeru, Noor Asiah bersetuju mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan itu dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast