Seorang remaja maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal ditunggang anggota tentera di SPDH. - Foto ihsan polis Seorang remaja maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal ditunggang anggota tentera di SPDH. - Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal ditungang anggota tentera di Kilometer 23.6 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Negeri Sembilan semalam. 

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Port Dickson pada pukul 1.40 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa dan anggota tentera berusia 32 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban ke Port Dikson.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, remaja itu yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC cuba memotong motosikal jenis SYM dinaiki anggota tentera terbabit.

“Akibat bergesel menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan lalu terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalm kenyataan hari ini.

Tambah Maslan, semakan lanjut mendapati, anggota tentera itu mengalami kecederaan pada lutut dan tangan serta telah menerima rawatan di Zon Kuning  di hospital yang sama. 

 Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta saksi yang berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan kemalangan itu.

“Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syed Mohamad Naim di talian di 014-5030810,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast