Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan barang rampasan dalam satu kejayaan pihak polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam dua kes berasingan yang melibatkan jumlah rampasan bernilai RM26.88 juta ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 01 JULAI 2025.

SHAH ALAM – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya membongkar dua buah makmal haram memproses cecair vape Bersama rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM21.85 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sindiket itu tumpas menerusi dua serbuan yang dibuat secara berasingan di dua unit kondominium di Ampang berdasarkan risikan pada 25 Jun lalu.

Jumlah dadah yang dirampas adalah jenis MDMA dengan berat 1244.74Kg; serbuk dadah kokain (2.8Kg) selain tujuh katrij(0.057kg); bunga ganja (0.041Kg) dan 14 katrij vape dadah MDMA (0.14kg).

Antara barang rampasan selepas pihak polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam dua kes berasingan yang melibatkan jumlah rampasan bernilai RM26.88 juta ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 01 JULAI 2025.

Menurut beliau, hasil serbuan, tiga lelaki warganegara Taiwan, perempuan warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 37 tahun ditangkap selain rampasan dadah.

“Hasil daripada siasatan mendapati suspek kedua berperanan sebagai chemist manakala suspek yang lain bertindak sebagai runner dan pembantu kepada suspek kedua itu,” katanya menerusi pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Hussein berkata, serbuan kedua yang dibuat turut menangkap suspek kelima iaitu seorang lelaki warganegara Taiwan berumur 28 tahun.

Terdahulu menurutnya, sindiket berkenaan dikesan aktif sejak Oktober tahun lalu.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa dua unit kondominium dengan sewaan bulanan RM6,000 seunit dan menjadikan unit tersebut sebagai tempat memproses vape sebelum dipasarkan dengan keuntungan dianggar RM200,000 sebulan,” tambahnya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Hussein turut memaklumkan kejayaan JSJN membongkar dua buah makmal memproses ‘jus dadah’ bersama rampasan pelbagai jenis bernilai RM5.03 juta menerusi enam serbuan berasingan.

Katanya, seramai 13 suspek ditangkap susulan serbuan berkenaan.

“Mereka erdiri daripada 12 lelaki tempatan dan seorang warga Vietnam berumur lingkungan 20 hingga 41 tahun,” ujarnya yang memaklumkan sindiket tersebut adalah menyimpan stok dadah dalam kereta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast