Baru-baru ini, Philippine Airlines menerbangkan sebanyak 23 agensi pelancongan dan 14 wakil media tempatan  ke Guam sebagai satu rangka promosi dengan kerjasama Biro Pelancongan Guam.

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Filipina, Philippine Airlines yakin laluan Kuala Lumpur – Guam akan merancakkan industri pelancongan sekaligus mengukuhkan kedudukan Manila sebagai pintu masuk utama ke pulau milik Amerika Syarikat (AS) itu.

Philippine Airlines berkata, ia kerana laluan itu merupakan penerbangan henti harian di Manila dan sambungan terus ke Guam mampu memperkukuh hubungan ekonomi, sosial dan pelancongan antara Malaysia, Filipina, dan Guam serta membuka peluang baru bagi pembangunan industri pelancongan di wilayah itu.

“Laluan Kuala Lumpur – Guam juga memperluaskan jaringan pelancongan dengan membolehkan rakyat Malaysia dan Filipina melancong dengan lebih mudah dan kerap serta meningkatkan aktiviti perdagangan dan perniagaan melalui kemudahan perjalanan yang lebih lancar.

“Selain itu, kami turut mahu menyokong komuniti warga Filipina serta warga Malaysia yang berminat dengan destinasi Filipina dan Guam serta menggalakkan pertukaran budaya dan pelancongan silang negara yang dapat meningkatkan ekonomi kedua-dua negara.

“Laluan ini juga akan membuka membuka peluang pelaburan dan kerjasama ekonomi baru terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pelancongan dan perdagangan antara ketiga destinasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia merupakan sebuah pulau yang strategik di Lautan Pasifik yang terkenal dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat selain kaya dengan budaya Chamorro iaitu penduduk asli pulau itu yang mempunyai budaya dan bahasa yang unik.

Baru-baru ini Philippine Airlines menerbangkan seramai 23 agensi pelancongan dan 14 wakil media tempatan  ke Guam sebagai satu rangka promosi dengan kerjasama Biro Pelancongan Guam bagi mempromosi serta merancakkan pelancongan ke pulau.

Sementara itu, Penolong Naib Presiden – Agihan Jualan, Philippine Airlines, Gene Pauline Banzon turut yakin laluan itu mampu meletakkan Guam sebagai destinasi baharu untuk pasaran Malaysia di samping menjadikan syarikat penerangan itu sebagai pilihan utama ke mana-mana destinasi.

“Penerbangan ke Guam dengan  Philippine Airlines dari KLIA akan melalui transit di Manila sebelum menyambung penerbangan terbang terus ke Guam di mana penumpang boleh memilih sama ada penerbangan kelas bisnes mahu pun ekonomi,” katanya.

Sempena penerbangan  Kuala Lumpur – Guam itu, syarikat penerbangan tersebut memberikan tawaran istimewa tiket serendah RM1,950.00 tidak termasuk cukai.

Laluan dari Kuala Lumpur ke Manila telah beroperasi sejak Jun 2017 manakala laluan dari Manila ke Guam pula sudah wujud sejak era 1990-an dengan Philippine Airlines mengendalikan beberapa penerbangan seminggu.

Bermula 26 Oktober 2014, Philippine Airlines menaik taraf laluan Manila–Guam kepada penerbangan harian tanpa henti.

Sementara itu, Guam merupakan sebuah wilayah milik AS yang mempunyai beberapa keunikan dengan menawarkan destinasi pelancongan popular menerusi tarikan pantai yang indah, tempat menyelam dan tarikan sejarah.

Ia merupakan sebuah pulau yang strategik di Lautan Pasifik yang terkenal dengan pangkalan tentera AS dan kepentingan pertahanannya termasuk Pangkalan Tentera Udara Andersen dan Pangkalan Laut Apra Harbor.

Selain itu, Guam juga kaya dengan budaya Chamorro iaitu penduduk asli pulau itu yang mempunyai budaya dan bahasa yang unik sebagai sebahagian daripada identiti pulau ini memainkan peranan penting dalam sejarah Perang Dunia Kedua apabila pernah dijajah Jepun.

Jumlah penduduk Guam ketika ini dianggarkan mencecah 169,000 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast