Ketua Setiausaha Amerika Syarikat, Marco Rubio selepas hadir ke Mesyuarat Pasca Menteri ASEAN bersama Amerika Syarikat ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkemungkinan besar akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di Malaysia pada Oktober ini.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika ditemui oleh pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

“Ya, kemungkinan ada,” katanya ketika disoal sama Trump dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.

Rubio turut memberitahu pentadbiran AS sedang berbincang untuk menetapkan tarikh rasmi bagi Sidang Kemuncak ASEAN-AS susulan cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

Sidang itu dijangka menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai isu serantau termasuk kesan keputusan Washington mengenakan tarif perdagangan secara unilateral tindakan yang menimbulkan kebimbangan di kalangan negara anggota ASEAN.

Sekiranya kehadiran Trump menjadi kenyataan, ia bakal menjadi lawatan penting beliau ke rantau ini sejak pengumuman dasar tarif baharu yang dilihat menjejaskan hubungan dagang AS dengan beberapa negara Asia Tenggara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast