Keadaan kenderaan pacuan empat rosa yang dipandu mangsa selepas terbabasa sendiri di Felda Keratong 11, dalam insiden 4 petang Khamis

KUANTAN – Seorang pengusaha peladang kelapa sawit maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat sekeluarga terbabas di Felda Keratong 11 di Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa yang memandu Toyota Hilux itu, Bakri Tukiman, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan di kepala.

Siasatan awal mendapati, warga emas itu dalam perjalanan dari arah Kota Bahagia menghala ke Felda Keratong 11 dalam insiden 4 petang itu.

”Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa telah terbabas dan masuk ke lorong bertentangan seterusnya jatuh ke dalam semak di bahu jalan sebelah kanan.

”Bagaimanapun isteri mangsa dan dua orang anaknya berusia 25 dan 28 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan.

Siasatan dapati kemalangan berpunca Kerala mangsa yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin bagi tujuan bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan itu Sharif Shai menasihati pemandu supaya tidak memandu dengan laju dan tergesa-gesa.

Selain itu, pengguna jalan raya dinasihati agar melaksanakan kawalan kendiri semasa memandu di jalan raya dan patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast