Dr Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang akauntabiliti berhubung titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, sekiranya enggan melaksanan titah adendum itu sekali pun, kerajaan sepatutnya menarik balik rayuan di Mahkamah Persekutuan dan menyerahkan kes tersebut untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

“Ini kes sivil bukan jenayah. Kerajaan diwakili oleh AG. Peguam Negara penasihat undang undang kerajaan.

“Jadi tanda tanya kenapa AGC merayu ke Mahkamah Persekutuan? Tidakkah PMX “accountable”?” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Artikel berkaitan: UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan

AGC gagal akui Titah Adendum lebih awal satu pengkhianatan – Pemuda UMNO Pahang

Peralat titah satu bentuk pengkhianatan – Syed Hussien

AG patut berterus terang dari awal titah adendum wujud – Shafee

Sementara itu, Mohd Puad berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan titah adendum semalam membuktikan UMNO tetap membela keadilan untuk Najib walaupun bekas Perdana Menteri berkenaan tidak pernah memintanya.

Malah, katanya, UMNO melakukannya dengan penuh tertib termasuk meminta ihsan Yang di-Pertuan Agong supaya Najib diberi keringanan hukuman iaitu tahanan dalam rumah kerana titah adendum itu tertunda lebih setahun lalu.

“Isu titah adendum ini sepatutnya jadi mudah jika dari awal lagi pihak AGC melaksanakannya cara pentadbiran,” katanya. – MalaysiaGazette

AGC akui kewujudan titah adendum namun pertikai cara dikemuka di mahkamah

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast