Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – “Insya-Alah dalam masa terdekat.”

Demikian respon jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil ketika ditanya mengenai bila berita gembira dan luar biasa yang ingin diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi itu juga tidak memberi bayangan sama ada Anwar akan membuat pengumuman gembira itu hari ini atau esok.

“Kita boleh rujuk dengan Perdana Menteri, Insya-Allah dalam masa terdekat,” katanya ringkas tanpa mengulas lanjut ketika sidang media mingguan di Parlimen hari ini.

Pada Sabtu lalu, Anwar memberi bayangan akan membuat satu pengumuman besar dalam tempoh terdekat sebagai tanda penghargaan luar biasa kepada rakyat.

Menurutnya, pengumuman tersebut dijangka dibuat hari ini atau esok selepas perinciannya dimantapkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, pengumuman tersebut berkait rapat dengan usaha kerajaan menangani isu kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat.

Jelasnya, yang juga Menteri Kewangan berkata, pasukannya di kementerian itu sedang bergelut mencari pendekatan terbaik untuk diumumkan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast