Kate Spade

HEW YORK – Pereka fesyen, Kate Spade ditemui mati di apartmen miliknya di sini.

Polis sedang menyiasat kematiannya yang dipercayai akibat bunuh diri.

Kate atau nama sebenarnya Katherine Noel Brosnahan dikenali dalam dunia fesyen kerana penglibatannya dalam rekaan pakaian, kasut dan barang perhiasan.

Beliau juga adalah pengasas bersama beg tangan jenama Kate Spade sejak tahun 1993 bersama suaminya Andy Spade.

Mayat Kate ditemui oleh tukang cuci kediamannya yang tiba di Park Avenue,, dekat Manhattan.

Polis New York mengesahkan kematian wanita berusia 55 tahun itu.

Malah, polis juga menemui nota tetapi enggan mengulas lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast