Pelabuhan Hodeidah yang dikawal oleh PBB. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat memberi amaran kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) supaya tidak melancarkan serangan ke atas bandar pelabuhan Yaman di Hodeidah, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bimbang ia akan menimbulkan krisis kemanusiaan.

Amaran itu dikeluarkan kerana pasukan Yaman yang disokong oleh UAE berpindah dalam jarak 10 kilometer dari pelabuhan Laut Merah, laluan bekalan kemanusiaan untuk penduduk yang terlibat dalam peperangan.

Pelabuhan itu dikawal pergerakan Houthi.

Pegawai Amerika Syarikat telah mengadakan pertemuan di White House semalam.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada sebarang keputusan telah dicapai.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House berkata, Washington menentangs sebarang usaha UAE dan tentera Yaman untuk merampas bandar itu.

“Kami mengharapkan semua pihak mematuhi Undang-undang Konflik Bersenjata dan mengelakkan mensasarkan orang awam atau infrastruktur komersial,” kata jurucakap itu.

Amerika Syarikat dan UAE adalah sekutu ekonomi dan keamanan yang rapat, bekerjasama menentang kumpulan militan di Yaman dan beberapa tempat lain.

Sebarang sokongan secara langsung Amerika Syarikat ke atas serangan UAE terhadap Hodeidah akan menandakan perubahan besar dasar negara itu terhadap Yaman, yang telah berusaha memfokuskan kegiatan ketenteraan Amerika Syarikat bagi menentang gabungan militan al-Qaeda.

Amerika Syarikat juga telah berulang kali menggesa gabungan yang dipimpin oleh Arab Saudi, di bawah Presiden Donald Trump dan Barack Obama, untuk mencegah kecederaan orang awam.

PBB memberi amaran bahawa serangan terhadap Hodeidah, yang mempunyai populasi kira-kira 600,000, akan menyebabkan kemusnahan kemanusiaan.

Badan dunia itu turut mengambil kira senario terburuk pengepungan yang berpanjangan boleh mengakibat ribuan orang mati.

Sumber-sumber politik Yaman berkata, perutusan PBB untuk Yaman, Martin Griffiths, berada di ibu kota Sanaa untuk memeterai perjanjian untuk menghindari kemungkinan serangan terhadap Hodeidah yang kini dikawal oleh PBB. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast