referendum
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

KUALA LUMPUR – Aktivis, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di kediamannya pada pukul 2.30 petang hari ini susulan Himpunan Turun Anwar baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali menerusi kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya menerima pengesahan bahawa terdapat laporan polis terhadap CheguBard berkaitan himpunan yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Malah, ujarnya, sepatutnya Chegubard sepatutnya dijadualkan berjumpa dengan pegawai penyiasat pada esok jam 11 pagi di Bukit Aman.

“Oleh itu, tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana CheguBard sentiasa telah memberi akujanji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Rafique kesal dengan penahanan Ketua Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Port Dickson tersebut.

“Tindakan pihak berkuasa dan atau arahan yang diberikan oleh pihak atasan adalah amat dikesali lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang insiden tidak diingini semasa dan/atau susulan daripada Himpunan Turun Anwar.

“Pihak kami akan menghubungi pegawai penyiasat berkenaan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Terdahulu katanya, polis mengesahkan membuka kertas siasatan terhadap Chegubard atas dakwaan empat kesalahan di Bawah peruntukan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955; Seksyen 504 Kanun Keseksaan; Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast