Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS), Rozana Isa hadir bagi mendengar keputusan mengenai rayuan badan itu terhadap status sesat yang difailkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ketika di Istana Kehakiman Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2025.

KUALA LUMPUR – SIS Forum (Malaysia) menggugurkan perkataan “Islam” daripada nama yang selama ini digunakan, akur dengan nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Keputusan ini dibuat selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 11 Julai 2025.

“Mulai sekarang, kami akan menggunakan nama berdaftar organisasi, iaitu SIS Forum (Malaysia),” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada 19 Jun lalu, Sultan Selangor menggesa SIS Forum Malaysia berhenti menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas sebarang bentuk penerbitan di platform dikaitkan dengan syarikat mereka.

Tegas baginda, ini supaya perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat terbabit.

SIS Forum berkata, sebelum ini, nama “Sisters in Islam” digunakan sebagai nama pena bagi menggambarkan peranan organisasi ini dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk wanita Muslim di Malaysia.

Ia selaras dengan keyakinan bahawa Islam adalah agama yang adil dan penuh belas ehsan.

Pengarah Eksekutifnya, Rozana Isa berkata, walaupun perkataan ‘Islam’ sudah digugurkan namun komitmen pertubuhan ini terhadap perjuangan memartabatkan kesaksamaan gender dan keadilan dalam undang-undang keluarga Islam tetap utuh.

“Apa yang paling penting ialah kerja-kerja yang kami lakukan untuk wanita Muslim dan rakyat Malaysia.

“Malangnya, kerja kami selama ini sering disalah tafsir dan disalah faham oleh sesetengah pihak. Kami bukan mencabar Islam, tetapi memperjuangkan undang-undang yang sepatutnya melindungi wanita dalam keluarga. Masih ramai lagi wanita Muslim yang tidak mendapatkan keadilan yang diharapkan.

“Isu seperti nafkah yang tidak dibayar, perceraian dan poligami yang dilakukan di luar proses mahkamah, serta tafsiran undang-undang Islam yang tidak peka gender terus memberi kesan kepada wanita Muslim di seluruh negara. Isu-isu ini adalah benar dan bersifat sistemik. Ia perlu diberikan perhatian, bukan diketepikan,” ujarnya.

Beliau menambah, SIS Forum (Malaysia) kekal komited dalam memperjuangkan hak wanita Muslim, terlibat dan melaksanakan reformasi yang perlu, dan bekerjasama dengan para sarjana, pemimpin masyarakat, serta institusi untuk memastikan tiada wanita yang ketinggalan dalam perjuangan menuntut keadilan,” kata Pengarah Eksekutifnya, Rozana Isa.

Beliau berharap perubahan ini dapat menghentikan perdebatan berpanjangan mengenai nama pena kami dan membolehkan kami bergerak ke hadapan dengan niat baik bersama semua pihak. – MalaysiaGazette

Sultan Sharafuddin titah SIS tidak guna perkataan Sisters in Islam dalam penerbitan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. kepala bana kau laa, nak menperjuangkan hak wanita muslim konon, kau sendiri tak bertudung, nampak macam liberal lagi mau guna nama islam..

    • Setuju.. ni sume poyo je nk tunggang nama agama demi kepentingan pihak2 tertentu yg anti Islam..

Comments are closed.