Seorang pemandu bas persiaran yang membawa lima guru dan 30 orang murid dibawa ke mahkamah atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan dalam kejadian di UPM Serdang, di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. Foto SADIQ SANI, 05 OGOS 2025

PETALING JAYA – Pemandu bas yang melanggar pokok di Universiti Putra Malaysia (UPM) hingga menyebabkan seorang guru dan tiga kanak-kanak cedera ringan pada Jumaat lalu dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Mohamad Hamir Masruddin, 44, membuat pengakuan berkenaan di depan Majistret, Nur Natasya Mohtarudin hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, pemandu bas itu pada Sabtu lalu jam 12.18 tengah hari di Jalan Persiaran dalam daerah Petaling didapati memandu dengan cara memandang kepada segala hal keadaan termasuk jenis, keadaan dan luas jalan juga kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu dengan cara merbahaya kepada orang awam.

Lesen memandu Mohamad yang turut digantung selama lima tahun.

Terdahulu lelaki itu hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam.

Manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Nurain Syafiqeen Mohd Rozi.

Pemandu bas tersebut sempat membuat rayuan supaya hukuman terhadapnya diringankan memandangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Saya minta rayuan sebab saya hanya kerja sambilan. (Jadi) kalau ada kerja adalah gaji. Ibu di kampung sakit,” katanya.

Sekiranya Mohamad Hamir gagal membayar denda beliau boleh dipenjara  sehingga tujuh bulan.

Jumaat lalu, bas persiaran dipandu lelaki itu dengan membawa lima guru pengiring dan 30 murid terbabas dan melanggar pokok di UPM.

Video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kemalangan itu turut tular di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast