KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$121.3 bilion pada 31 Julai 2025.
Bank pusat itu dalam kenyataan hari ini berkata, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. -MalaysiaGazette
















