SEOUL – Samsung Electronics Co akan menghasilkan cip generasi baharu Apple Inc di kilang foundri semikonduktornya di Austin, Texas, lapor agensi berita Yonhap dengan memetik kenyataan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat itu pada Khamis.

Dalam satu kenyataan media, Apple berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Samsung di loji semikonduktor di Austin bagi membangunkan teknologi pembuatan cip baharu yang inovatif dan digunakan buat kali pertama di dunia.

Menurut Apple, ini merupakan kali pertama teknologi berkenaan diperkenalkan di Amerika Syarikat, dan kemudahan itu akan membekalkan cip yang mengoptimumkan kecekapan kuasa dan prestasi produknya, termasuk iPhone yang dihantar ke seluruh dunia.

Pemerhati industri percaya cip itu  berkemungkinan merupakan penderia imej CMOS (CIS) yang akan digunakan dalam iPhone generasi baharu.

Samsung bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran kerjasama itu.

— BERNAMA-YONHAP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast