Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas 70 guni mercun bola selepas menahan sebuah kenderaan di kawasan pengkalan haram Terusan, Rantau Panjang, Kelantan pada 10 Ogos lalu. Ihsan Foto : PGA

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas 70 guni mercun bola selepas menahan sebuah kenderaan di kawasan pengkalan haram Terusan, Rantau Panjang, Kelantan pada 10 Ogos lalu.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 petang ketika anggota PGA menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu kenderaan itu melarikan diri dengan menaiki perahu ke Thailand sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan menemukan 70 guni mercun bola dalam kenderaan tersebut yang dipercayai untuk pasaran tempatan. Nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM89,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua barangan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast