Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyantuni seramai 27 kanak-kanak Tadika Kuputra menerusi program Semarak Merdeka PSPK Bersama Tadika Kuputra.

 

SERDANG  – Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan menyantuni seramai
27 kanak-kanak Tadika Kuputra menerusi program Semarak Merdeka PSPK Bersama
Tadika Kuputra, baru-baru ini.

Program ini bukan sekadar lawatan, malah merupakan inisiatif menyemai nilai patriotik sejak awal usia menerusi pendekatan ceria dan interaktif. Antara pengisian program termasuk aktiviti mewarna bertemakan kemerdekaan, nyanyian lagu-lagu patriotik, serta pengibaran Jalur Gemilang oleh para peserta cilik.

Ketua Program, Nabiela Mansor berkata, pendekatan turun padang tahun ini memberikan
pengalaman lebih bermakna dan berkesan dalam menyampaikan mesej patriotisme kepada kanak-kanak.

“Kami pilih tadika kerana ini adalah usia paling sesuai untuk memupuk semangat cinta
negara. Jika sebelum ini kami menjemput mereka ke pejabat, tahun ini kami pula mendekati mereka secara langsung. Lebih dekat, lebih bermakna,” katanya.

Penolong Pengurus Tadika dan Taska Koperasi UPM Berhad, Jamilah Shaari, pula berkata,
program seperti ini memberi pendedahan awal yang menyeronokkan kepada kanak-kanak
tentang erti kebebasan dan kecintaan kepada negara.

“Kanak-kanak sangat teruja. Selain menghiburkan, program ini juga memberi nilai
pembelajaran yang bermakna mengenai kemerdekaan,” ujarnya.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan strategik iaitu McDonald’s
Malaysia, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Linemax Media Sdn. Bhd., sebagai simbol
kerjasama erat antara institusi pendidikan dan sektor korporat dalam memperkasakan
komuniti melalui pendidikan awal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast