KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli percaya serangan ke atas keluarganya adalah satu amaran supaya dia tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa sepanjang menjadi seorang ahli politik berprofail awam, ini kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti itu.

“Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut bekas Timbalan Presiden PKR itu, sekitar pukul 1.45 petang, semasa anak dan isterinya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat beli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.

“Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.
Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.

“Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai,” katanya.

Selepas itu, anaknya telah dibawa segera ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menerima rawatan.

“Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.

“Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.

“Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa,” tegasnya.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anak Rafizi diserang di pusat beli belah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast