Tengku Permaisuri Norashikin

SHAH ALAM – Seramai 918 pelajar ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Pertahanan Awam) dalam Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2025 yang berlangsung hari ini.

Dalam masa yang sama, seramai 24 orang menerima Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing, selain anugerah khas iaitu Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana (Best Among The Best).

Terdahulu, majlis penuh istiadat tersebut disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Tekonologi Mara Kampus Induk Shah Alam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Majlis tersebut diadakan untuk meraikan para pegawai selepas berjaya menamatkan latihan selama tiga tahun dalam Kor SISPA.

Dalam masa yang sama, ia merupakan pengiktirafan rasmi atas pelantikan mereka sebagai pegawai muda dalam Pasukan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kor SISPA ditubuhkan oleh APM bagi melatih mahasiswa di Universiti Awam (UA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Penubuhan berkenaan berdasarkan  Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221) daripada Seksyen 2 (b) dan Seksyen 4 (i).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast