Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika Perhimpunan Agung Dwi Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Bilangan ke-46 dan ke-47 di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 OGOS 2025

SHAH ALAM – UMNO akan mengeluarkan nota bantahan kemasukan bekas ahli UMNO ke parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan tidak lama lagi.

Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, notis tersebut kini sedang dilengkapkan.

Namun, menurut beliau, bantahan itu telah disuarakannya kepada presiden parti gabungan dalam kerajaan dan ia sepatutnya menjadi satu konvensyen yang harus dihormati.

“Notis sedang disediakan tapi saya sudah nyatakan secara verbal kepada presiden parti yang berkenaan,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2025 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Tekonologi Mara (UiTM).

Khamis lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepimpinan parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bercadang mahupun yang telah mengizinkan kemasukan ahli-ahli daripada UMNO ke dalam parti masing-masing.

Protes ini merupakan amaran keras, jika tidak ditangani boleh mengeruhkan hubungan sesama parti-parti gabungan

Katanya, pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sebelum ini media melaporkan Pakatan Harapan telah menerima penyertaan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam parti tersebut.

Pada 8 Ogos lalu,  Tengku Zafrul yang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai parti PKR sudah diterima dan kini beliau kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

Tengku Zafrul telah mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO pada 30 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast