Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan dakwaan bahawa terdapat usaha untuk menutup atau melengahkan siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian tragis pelajar perempuan, Zara Qairina Mahathir.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui terdapat ketidakpatuhan terhadap beberapa prosedur, namun menegaskan bahawa perkara itu tidak menjejaskan integriti siasatan.

Beliau turut menegaskan bahawa, siasatan polis terhadap kes itu juga mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan cucu Yang Dipertua (TYT) Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.

“Siasatan kita menyeluruh dan terperinci. Kali pertama isu ini dibangkitkan oleh ahli Parlimen pada 30 Julai lalu, sudah timbul beberapa kenyataan seperti (pelaku) yang terbabit adalah cucu kepada TYT, pengetua adalah isteri menteri dan cara mati didera di mesin basuh,” katanya ketika membahaskan usul siasatan kes kematian Zara Qairina di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin memaklumkan, dapatan itu adalah berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil.

Katanya, siasatan turut tidak menemui sebarang bukti yang mangsa meninggal dunia akibat didera dalam mesin basuh. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast