Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mempertahankan kenyataannya berhubung isu pelaksanaan Graduate Pass kepada 10,000 pelajar Bangladesh di negara ini.
Katanya, Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sendiri berkongsi maklumat itu di Facebook rasminya.















