Leka melakukan urusan jual beli dadah di kawasan hutan, tiga lelaki tidak sedar kehadiran Batalion 8 Pasukan Gerakan Am PGA.
Semua suspek berusia 29 hingga 37 tahun itu ditahan di kawasan hutan Kampung Batu Karang, di Pasir Mas, Kelantan tengah hari kelmarin menerusi Ops Taring Wawasan.















