Crime thrives in moments where individuals fail to anticipate consequences. File picture

KUANTAN – Polis berjaya memberkas seorang lelaki warganegara Bangladesh berhubung kes curi tiga unit telefon bimbit di sebuah pasar raya, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuantan di Jalan Bukit Ubi, di sini, kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Suspek seorang lelaki berusia 26 tahun merupakan seorang penganggur dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil siasatan polis mendapati telefon bimbit yang dirampas adalah berkait dengan kes kecurian telefon bimbit di Kuantan Parade pada 22 Ogos lepas,” katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata, hasil siasatan lanjut terhadap suspek, pihaknya berjaya merampas tiga unit komputer, satu unit tab dan satu unit monitor yang dipercayai berkait dengan kes pecah pejabat pada tarikh yang sama.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 dan 457 Kanun Keseksaan.

“Dengan tangkapan dan rampasan tersebut, pihak polis telah berjaya menyelesaikan dua kes jenayah harta benda yang berlaku baru-baru ini di daerah Kuantan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga tangkapan berjaya dilakukan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Lelaki larikan tiga Iphone selepas berpura-pura jadi pelanggan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast