Mohd Yusri Hassan Basri

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kes kematian direkodkan akibat kemalangan membabitkan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 sepanjang program berkenaan yang berlangsung dari Jumaat hingga Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan itu berlaku sejak Jumaat lalu sebelum acara bermula dan membabitkan peserta dari pelbagai negeri.

“Setakat ini, kita terima laporan lima kes kematian akibat kemalangan maut ketika dalam perjalanan pergi dan balik Himpunan RXZ tahun ini,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan empat kes kematian akibat kemalangan yang membabitkan peserta dalam perjalanan ke acara berkenaan.

Himpunan RXZ 7.0 yang dianjurkan di Gong Badak, Kuala Nerus, hujung minggu lalu menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara.

Acara tahunan itu turut menampilkan pelbagai aktiviti komuniti dan pameran berkaitan dunia permotoran.

Mohd Yusri menambah, JSPT akan terus menguatkuasakan peraturan dan undang-undang jika terdapat peserta melakukan kesalahan seperti menunggang dengan aksi berbahaya atau mengganggu pengguna jalan raya lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast