Amira Saddiq
Amira Aisya Abd. Aziz

KUALA LUMPUR – Ketidakpuasan hati rakyat Indonesia dan perhimpunan yang berlaku perlu djadikan sebagai pengajaran kepada Malaysia, kata pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abdul Aziz.

Katanya, rakyat perlu dilihat sebagai tiang demokrasi yang tidak patut diremehkan sekiranya kerajaan tidak mahu dihukum.

“Saya juga memilih untuk berkongsi dengan perhimpunan di Indonesia ini kerana negara jiran ini terlalu dekat dan banyak persamaan dengan Malaysia.

“Budaya, cara fikir, dan masyarakat Indonesia ibarat adik-beradik dengan negara kita. Apa yang berlaku di sana, perlu jadi cerminan di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Ujar beliau, reaksi rakyat di negara tersebut merupakan reaksi rakyat susulan tindakan wakil-wakil Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) seolah-olah tidak hirau dengan aksi yang tidak sensitif apabila bersuka ria selepas gaji mereka dinaikan.

Katanya, ia sudah tentu dilihat sebagai mencabar dan menyoal produktiviti rakyat.

“Saya mendoakan suara rakyat Indonesia terus terbit walaupun dari celah-celah kesusahan rakyat. Pemikiran pemerintah yang kuku besi dan keras terhadap perhimpunan rakyat harus berhenti serta-merta di Malaysia dan Indonesia. Bebaskan yang ditahan, benarkan rakyat berhimpun,” ujarnya.

Terbaru, protes di Jakarta bertukar huru-hara selepas penunjuk perasaan membantah cadangan kenaikan elaun wakil rakyat, menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan ratusan termasuk pelajar bawah umur.

Mahasiswa Malaysia turut mengadakan demonstrasi aman di Kedutaan Indonesia sebagai solidariti terhadap penahanan hampir 400 penunjuk perasaan di Jakarta yang menuntut reformasi politik dan pengurusan negara lebih berintegriti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Di Indonesia tu sebab rakyat dengan wakil rakyat mcm kamu…tak buat kerja..sembang jaaa..makan gaji buta

  2. kENAPA PERLU ELUAN YANG TINGGI SEPERTI ELUAN KEHADIRAN KE DEWAN UNTUK SATU HARI MELEBIHI RM100 SEDANGKAN WANG ITU DARIPADA CUKAI.
    ITU BELUM TERMASUK ELUAN-ELAUN LAIN SEDANGKAN RAKYAT BEKERJA KERAS UNTUK KEHIDUPAN.
    PATUT MEREKA BEREBUT-REBUT SERTA TIDAK MAHU MELEPASKAN JAWATAN SEBAGAI YB.
    BAGAIMANA YANG KERAP PONTENG HADIR MESYUARAT DI PARLIMEN?
    WANG YANG DIBAYAR TERSEBUT DIGUNAKAN UNTUK APA?

Comments are closed.