KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di sini hari ini mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara selain menerima watikah pelantikan ketua perwakilan asing ke Malaysia pada istiadat di Istana Negara.
Tujuh ketua perwakilan Malaysia yang menerima watikah daripada baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Datuk Yubazlan Yusof.
Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Brazil, Datuk Mohammad Ali Selamat; Duta Besar Malaysia ke Jerman, Mohamad Razdan Jamil; Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Haznah Md Hashim dan Duta Besar Malaysia ke Poland, Datuk Azri Mat Yacob.
Sultan Ibrahim turut menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia iaitu Duta Besar Mesir, Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek; Duta Besar Jerman, Silke Riecken-Daerr; Duta Besar Brazil, Daniella Ortega de Paiva Menezes dan Duta Besar Austria, Gerhad Eisl.
Selain itu, Duta Besar Ukraine, Hennadii Nadolenko; Duta Besar Norway, Marianne Fosland serta Duta Besar Itali, Raffaele Langella.
















