Jerome Powell. Photo AFP
WASHINGTON- Presiden Donald Trump mendedahkan tiga calon teratas untuk mengisi kedudukan Pengerusi Rizab Persekutuan, lapor media tempatan.
Menjawab soalan wartawan, Trump berkata, calon-calon itu ialah Kevin Hassett, Ketua Majlis Ekonomi Negara White House; Kevin Warsh, bekas Ahli Lembaga Pengelola Rizab Persekutuan (Fed) dan Christopher Waller, ahli ekonomi dan juga Ahli Lembaga Fed.
Sudah berbulan-bulan Trump berhasrat mahu menggantikan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, yang tempohnya akan tamat pada Mei 2026 kerana tidak menurunkan kadar faedah.
Pada 25 Ogos, Trump memecat Gabenor Rizab Persekutuan Lisa Cook atas dakwaan dia melakukan penipuan gadai janji.
Namun, pada 28 Ogos, Cook memfailkan tuntutan mahkamah di mahkamah persekutuan di Washington, D.C., bertujuan untuk menghalang penyingkiran itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast