Gambar arkib MalaysiaGazette

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor memperuntukkan RM5.6 juta untuk 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini bagi membantu mangsa banjir berikutan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula hujung tahun ini.

“Peruntukan itu diagihkan menerusi inisiatif Pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Bantuan Menghadapi Monsun Timur Laut.

“Setiap 56 DUN akan menerima RM100,000 bagi tujuan persediaan dan bantuan awal bencana, sekali gus memastikan rakyat di kawasan masing-masing mendapat perlindungan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan terutama ketika berdepan bencana alam.

Monsun Timur Laut kebiasaannya berlaku antara November hingga Mac setiap tahun dengan membawa hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan banjir, terutamanya di kawasan rendah dan berhampiran sungai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast