Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah memeriksa perbarisan kehormat pada Isitiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Padang Kawad, UPM, Serdang. Foto SADIQ SANI, 13 SEPTEMBER 2025

SERDANG -Seramai 1,927 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari 20 universiti awam di seluruh negara ditauliahkan hari ini, dalam Istiadat Perbarisan Pertauliahan Diraja yang disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah, kejayaan PALAPES merupakan salah satu elemen pemerkasaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menyediakan pasukan pertahanan menerusi konsep ‘Whole Of Goverment, Whole Of Society’ (WoGoS).

“Konsep ini menuntut kerjasama daripada semua agensi kerajaan dan swasta, serta penglibatan segenap lapisan masyarakat dalam mempertahankan negara daripada segala aspek ancama yang semakin kompleks.

“Dalam mendepani cabaran dan mendatang, ATM juga telah melaksanakan transformasi serta permodenan secara berperingkat berdasarkan konsep masa depan (Angkatan Masa Hadapan).

“Pelan tindakan transformasi dan permodenan ini bertujuan untuk menjadikan ATM sebuah angkatan yang lebih bersepadu, tangkas dan berfokus di dalam pengoperasian pelbagi domain,” titahnya.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Isitiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Padang Kawad, UPM, Serdang. Foto SADIQ SANI, 13 SEPTEMBER 2025

Baginda berucap ketika berkenan merasmikan Perbarisan Pentauliahan Diraja Palapes Universiti Awam (UA) ke-43 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Turut hadir menyaksikan istiadat adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Tengku Amir Shah turut mengingatkan kepada pegawai baharu bahawa sumpah taat setia mereka bukan sekadar kata-kata, tetapi janji suci kepada negara dan rakyat.

“Adalah menjadi harapan saya, dengan ilmu asas kenteraan yang telah dipelajari sepanjang latihan akan menjadikan anda seorang warganegara yang berdispli, berjiwa kesateria dna cintakan tahan air kita yang berdaulat.

“Pertauliahan ini bukan sahaja pencapaian peribadi tetapi permulaan sebagai pemimpin muda dalam masyarakat dan pahlawan simpanan dalam negara,” titah baginda.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan pedang kehormat kepada penerima Anugerah Kadet Terbaik pada Isitiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Padang Kawad, UPM, Serdang. Foto SADIQ SANI, 13 SEPTEMBER 2025

Pada istiadat itu, baginda menyaksikan perbarisan melibatkan 1,927 pegawai kadet PALAPES termasuk Pedang Kehormat kepada 39 Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap cawangan perkhidmatan.

Tengku Amir Shah turut menyampaikan skrol pentauliahan kepada pegawai yang baharu dilantik terdiri daripada 1,098 pegawai rendah Rejimen Askar Wataniah (RAW), 431 pegawai rendah Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

Ia termasuk 398 pegawai rendah Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM), yang diikuti oleh Pegawai Simpanan Sukarelawan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast