Rezeki Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin semakin bertambah selepas dibebaskan dari Penjara Narathiwat, Thailand.
Dia turut bersyukur dan tidak menyangka single duet Cinta Setandan Pisang mengunggili kategori Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 malam tadi, menewaskan empat pencabar, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.















