JDT menewaskan Sabah FC, 8-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. & Foto ihsan Johor Southern Tigers.

ISKANDAR PUTERI – Pengendali skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan kemenangan menundukkan Sabah FC, 8-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi sebagai hasil yang menakjubkan.

Menurut beliau, kemenangan tersebut cukup bermakna selepas semua pemain mempamerkan aksi memuaskan di sepanjang perlawanan.

“Saya bersetuju kesemua pemain telah beraksi dengan baik terutamanya di sepanjang babak pertama.

“Bila menyerang, pemain dilihat melakukan transisi dengan baik selain mendominasi bahagian tengah bagi melancarkan asakan-asakan ke gawang lawan.

“Oleh itu, kami mahu meneruskan momentum seperti ini pada masa akan datang bagi menghasilkan lebih banyak kejayaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan itu terus mendominasi carta Liga Super dengan 15 mata setelah mengharungi enam perlawanan setakat ini.

Tambah Munoz, kesemua pemain dilihat telah memberikan aksi 100 peratus dan kekal fokus bagi menghasilkan kemenangan berkenaan.

Sementara itu, Munoz berharap agar kesebelasan JDT dapat meneruskan aksi sebeini pada perlawanan seterusnya.

Katanya, dengan cara berkenaan skuad kendaliannya itu diyakini dapat mengekalkan rentak kemenangan tersebut.

“Oleh itu, kita perlu terus beraksi dengan baik seperti aksi dengan Buriram United, baru-baru ini,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast