Tangkpa layar seorang penunggang motosikla memukul topi kelendar penunggang lain.

KUALA LUMPUR – Salah faham tentang keadaan lalu lintas menjadi punca dua penunggang motosikal bergaduh di simpang lampu isyarat Jalan Haji Abdul Mana, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknnya telah menerima dua laporan daripada Ketua Balai Bukit Raja dan mangsa sekitar jam 5.40 petang.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku sekitar jam 8 hingga 9 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat dan pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham situasi lalu lintas.

“Berikutan itu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kaun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, orang ramai diminta  tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazlan Rezza Mazlan di talian 011-10561017.

Maklumat boleh disalurkan kepada ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-32912222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast