Pemimpin, pegawai dan delegasi keluar beramai-ramai di sebaik sahaja Benjamin Netanyahu menghampiri pentas untuk menyampaikan ucapannya di Dewan Perhimpunan Agung PBB sebagai protes. Foto UN Correspondent |
NEW YORK  – Ramai pemimpin, pegawai dan delegasi diplomatik yang hadir pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keluar dari dewan ketika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berucap.
Netanyahu menyampaikan ucapannya pada hari Jumaat, di New York di hadapan pegawai dan diplomat asing, sementara dia dikehendaki oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa selama berbulan-bulan berhubung jenayah perang di Gaza.
Banyak delegasi meninggalkan dewan Perhimpunan Agung sebagai protes terhadap jenayah perang rejim Israel di Gaza sejak 30 bulan lalu dan serangan pengganasnya ke atas Iran dan Qatar.
Situasi ini berlaku walaupun tepukan gemuruh daripada beberapa penyokong Netanyahu yang cuba meredakan suasana protes.
Netanyahu adalah individu dikehendaki oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa susulan jenayah perang di Gaza.
Kehadiran Netanyahu ke New York pada siding kemuncak itu ketika kebanyakan sekutu Barat rejim itu, termasuk United Kingdom, Perancis, Sepanyol, dan Belgium, serta negara lain seperti Kanada dan Australia, telah mengiktiraf negara Palestin yang merdeka.
Tahun lalu juga, ramai wakil dari pelbagai negara keluar dari Perhimpunan Agung PBB sebelum ucapan Netanyahu sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai rejim Israel di Gaza. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast