Ketua Pengarah dan jurucakap Sumud Nusantara Comand Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim menunjukkan situasi kapal misi Flotila.

KUALA LUMPUR –  Kapal pertama sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) telah melepasi zon kuning bagi meneruskan perjalanan ke Gaza sekitar pukul 9.30 malam tadi waktu Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Sumud Nusantara Comand Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim menerusi pemantauan di dashboard Global Sumud Flotila tracker.

Terdahulu, beliau memaklumkan zon kuning merupakan zon pada jarak kira-kira 300 batu nautika dari pantai Gaza di mana ia merupakan zon berjaga-jaga untuk semua peserta GSF.

Untuk rekod, seramai 34 rakyat Malaysia menyertai dan berada di atas beberapa kapal dalam misi tersebut yang kini sudah memasuki hari ke-29. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast