KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh patah tangan dan kaki dalam kejadian runtuhan dinding di sebuah tapak pembinaan berhampiran Bangunan Lee Rubber, di sini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Mers 999 berhubung kejadian itu sekitar jam 2.14 petang.
Susulan itu katanya, seramai 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik anggota tiba di lokasi, berlaku runtuhan struktur scaffolding di kawasan bangunan yang sedang dalam kerja-kerja
pembinaan.
“Insiden itu mengakibatkan seorang lelaki warga Bangladesh mengalami kecederaan serius iaitu patah tangan serta kaki kanan dan berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut, – MalaysiaGazette
















