Pemandu treler maut selepas kenderaannya terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar di Kilometer 27.8 Lebuhraya Karak menghala ke Gombak, awal pagi tadi. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu treler maut selepas kenderaannya terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum  terbakar di Kilometer 27.8 Lebuhraya Karak menghala ke Gombak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dan mendapati ia berlaku kira-kira jam 5.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 28 tahun memandu seorang diri dari Kemaman menghala ke Sungai Buloh telah terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar sepenuhnya.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Selayang akibat kecederaan parah.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-3311552 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-6126 2222,” ujarnya. — MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast