Poh Po Lian (kanan), Jennifer Kok Sau Keng (kiri).

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita warganegara Malaysia bagi membantu siasatan kes.

Poh Po Lian, seorang warga Singapura mempunyai alamat terakhir di B-47-3, Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur.

Manakala Jennifer Kok Sau Keng, rakyat tempatan mempunyai alamat terakhir di B-24-03, Abadi Villa, Jln 3/109C, Off Jln Klang Lama, Taman Abadi Indah, 58100, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PPs Stefan Lue Hsien Yang di talian 017-902 8199 atau emel kepada [email protected].

Sementara itu, SW Strategies dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette berkata: “Poh Po Lian tidak menerima sebarang makluman rasmi bahawa beliau terlibat dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak SPRM.

“Poh akan memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak peguam beliau serta menghubungi pihak SPRM bagi mendapatkan maklumat lanjut dengan segera. Kami percaya kenyataan ini dapat menjelaskan situasi semasa Poh Po Lian”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast