Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza telah dipintas tentera Israel pada 10.50 pagi waktu Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Israel menjangkakan peserta-peserta misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens To Gaza akan dihantar pulang dengan segera.

Tambahnya, kesemua peserta misi berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Satu lagi cubaan sia-sia untuk memecah sekatan laut yang sah dan memasuki zon pertempuran berakhir tanpa hasil. Kapal-kapal dan penumpang telah dipindahkan ke pelabuhan Israel,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan Kapal Conscience dan lapan kapal layar dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition – Thousand Madleen To Gaza telah dipintas tentera Israel ketika berada kurang 130 batu nautika dari Gaza sebentar tadi.

Pintasan itu dilakukan ketika kesemua kapal itu berada di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.

Kapal Conscience membawa 94 delegasi termasuk lapan delegasi Malaysia terdiri daripada pakar perubatan, pensyarah dan wartawan.

Manakala seorang lagi delegasi Malaysia menaiki kapal layar Umm Saad dalam misi itu. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast