GAZA – Angka korban akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,420 orang, manakala 174,369 lagi cedera sejak 7 Okt 2023, menurut sumber perubatan di Semenanjung Gaza pada Ahad, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sumber itu memaklumkan hospital di Gaza menerima satu jenazah dan lima rakyat Palestin yang cedera dalam tempoh 48 jam lepas.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025, jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 1,286 orang, manakala 4,257 lagi cedera.

Sebanyak 813 mayat rakyat Palestin turut ditemukan.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, manakala pasukan ambulans dan penyelamat terus berdepan kesukaran untuk sampai ke lokasi serta membawa keluar mangsa. – BERNAMA-WAFA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here