Antara ahli keluarga mangsa yang menunggu proses bedah siasat pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam seorang pelajar lelaki pagi tadi ketika di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Foto MOHD ADZLAN, 14 OKTOBER 2025.

PETALING JAYA – Beberapa individu dipercayai keluarga mangsa pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi kini berada di Jabatan Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bagaimanapun, setakat ini pihak media tidak dibenarkan mendekati kawasan berkenaan.

MalaysiaGazette difahamkan, mayat mangsa telah berada di jabatan tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid mengesahkan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam dalam satu kejadian tragis di sebuah Sekolah Menengah di Damansara Utama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, polis berkata, terdapat kesan beberapa tikaman di bahagian dada mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, pihaknya merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan pelajar lelaki itu.

Motif kejadian masih disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast