Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) memperkenalkan pelumba negara, Hafizh Syahrin dan personaliti serta streamer popular, Daddy Hood sebagai ikon baharunya

KUALA LUMPUR – Bagi mengukuhkan lagi pengaruh dan kedudukan dalam industri permainan digital tempatan, Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) memperkenalkan pelumba negara, Hafizh Syahrin dan personaliti serta streamer popular, Daddy Hood sebagai ikon baharunya

Kolaborasi strategik itu sekali gus meraikan penyertaan secara rasmi kedua-dua figura hebat ini dalam sebuah platform permainan realiti maya Grand Theft Auto (GTA), Adik Beradik Roleplay (ABRP).

Hafizh berkata, permainan digital seperti ABRP bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan sebagai pelumba JDT Racing Team tetapi juga berkenalan dengan rakan baharu daripada pelbagai latar belakang.

“Saya memang suka main game jika ada masa terluang. Beza ABRP dengan game yang lain adalah kita bermain sebagai satu komuniti, masing-masing membawa watak mereka dalam dunia atau negara ABRP.

“Seperti saya di luar kerjaya saya adalah seorang pelumba, tetapi dalam ABRP nama watak saya ada Yaka Leng dan bekerja sebagai mekanik kereta. Sebagai seorang yang introvert dan tidak ramai rakan di luar, melalui ABRP saya dapat ramai rakan baharu.

“Sebagai orang yang dikenali, saya cuba bawa perkara yang positif kerana pemain terdiri daripada pelbagai golongan usia termasuklah anak muda. Saya harap dengan kolaborasi ini dapat membawa jenama ABRP daripada ABKL ke peringkat lebih tinggi,” kata Hafizh semalam.

Sementara itu, Daddy Hood yang membawa watak Joe Rimau yang baru dua bulan bersama ABRP terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterimanya.

“Saya kembali bermain selepas lima tahun. Sejak bersama ABRP terdapat kenaikkan subscriber lebih 1000 peratus daripada platform ini. Apa yang membuatkan saya kembali ke streaming adalah watak Joe Rimau itu sendiri ada nilai sentimental.

“Progres sangat laju dan apa yang saya suka dengan ABRP adalah komunitinya yang sangat kuat. Selagi watak Joe Rimau boleh beri manfaat kepada pemain lain saya akan terus bermain,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir atau dikenali dengan nama MelRomeo pemilihan Hafizh Syahrin dan Daddy Hood bukan semata-mata kerana populariti
tetapi kerana mereka mencerminkan semangat sebenar jenama ABKL iaitu kekeluargaan, semangat kompetitif dan kesediaan membina komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir (kiri) dan Head IT ABKL, Mohd Hilmi Azli.

Sebagai ikon rasmi, Hafizh dan Daddy Hood turut akan memainkan peranan penting dalam membantu memperluas capaian jenama ABKL ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Mereka juga akan terus aktif sebagai streamer tetap dan pemain rasmi ABRP menjadikan penyertaan bukan sekadar simbolik tetapi juga praktikal.

Kini, ABKL menguruskan tiga pelayan FiveM iaitu AdikBeradik East, AdikBeradik West dan AdikBeradik Mobile yang disokong oleh komuniti Discord besar dengan lebih 63,000 ahli di AdikBeradik East, 19,400 ahli di AdikBeradik West dan 18,000 ahli di AdikBeradik Mobile.- MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast