Paparan video rakaman litar tertutup (CCTV) insiden pergaduhan antara jiran wanita.

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial memaparkan video rakaman litar tertutup (CCTV) insiden pergaduhan sesama jiran bermula ‘serangan’ air dan penyembur daun dan kemudiannya berlaku pergelutan.

Rakaman juga menunjukkan mereka mengunakan gayung, baldi, penyodok sampah yang dipercayai di sebuah taman perumahan di Tangkak, Johor.

Rakaman berdurasi lebih enam minit  itu menunjukkan berlakunya pergelutan antara mereka  selepas tercetusnya pertengkaran mulut yang kemudian  bertukar ke pergaduhan fizikal.

Pada awalnya, dua wanita yang masing-masing bertudung hijau dan kelabu saling berbalas kata-kata kasar ketika mereka membersihkan kawasan halaman rumah masing-masing.

Kemudian, wanita bertudung kelabu dilihat berulang kali melakukan aksi provokasi dengan menyembur air dan blower terhadap jiran (tudung hijau) serta seorang lagi wanita dipercayai anak jirannya itu.

Susana tersebut menjadi lebih kecoh apabila beberapa individu dipercayai anak wanita tudung hijau mula menyerang wanita bertudung kelabu sehingga jatuh di atas jalan.

Menerusi ruangan komen di media sosial, ramai netizen  mengecam wanita bertudung kelabu akibat perbuatannya namun terdapat CCTV menunjukkan kelakuan wanita tudung hijau sebelum berlaku insiden itu.

Tangkap layar CCTV sebelum ini memaparkan wanita tudung hijau itu sering kali mengalihkan dengan mencampak pasu dan tong sampah jirannya sesuka hatinya ketika memarkir kereta di hadapan rumah.

Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan masih belum dapat dipastikan dan rakaman suara jelas seolah-olah menunjukkan kedua-dua pihak sudah lama menyimpan rasa tidak puas hati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast