Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Rohingya akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok susulan kes membunuh rakan senegaranya yang ditemui mati dengan kesan luka di kepala di Persiaran Ara Kiri, Bangsar minggu palu.

Proses pertuduhan  terhadap suspek warga Myanmar berusia 27 tahun itu dijangka berlangsung  sekitar jam 8.30 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook dilaporkan berkata, suspek telah direman tujuh hari  sejak 23 Oktober lalu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek yang juga gelandangan telah ditahan berhampiran Menara UOA Bangsar pada 22 Oktober lalu, kira-kira sembilan jam selepas mayat mangsa ditemui.

“Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa berusia 40-an saling mengenali kira-kira sebulan lalu dan tinggal di bawah jejambat berhampiran lokasi kejadian.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu  selepas berlaku perselisihan faham dengan mangsa sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke dalam saluran air di belakang bangunan kedai,” katanya dalam kenyataan sebelum ini. – Malaysiagazette

Selisih faham punca gelandangan warga asing mati, lelaki Rohingya ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast