KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi hari ini dengan catatan masa di bawah 13 jam.
Menerusi hantaran video di Facebook miliknya, Syed Saddiq mencatat masa 12 jam 22 minit sekali gus meraih sumbangan RM1 juta bagi penduduk di bawah Parlimen Muar.
“Terima Kasih,” ucap beliau menerusi satu hantaran video ringkas memaparkan dirinya menamatkan cabaran itu dikongsikan di media sosial, malam ini.
Sebelum ini, bekas menteri Kabinet itu menyasarkan dapat menamatkan acara sukan lasak terulung negara, Ironman Malaysia 2025 dengan tempoh 13 jam bagi menyahut cabaran syarikat fesyen tempatan, Primavalet.
Syed Saddiq, 33, berkata, cabaran itu disahut semata-mata demi kepentingan rakyat dan usahanya membantu penduduk Parlimen Muar. – MalaysiaGazette
















