KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan merogol seorang wanita tdi kawasan hutan Simpan Similajau, Bintulu pada 29 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 2.30 petang di Sibu.
“Siasatan awal mendapati suspek telah menyamar sebagai anggota polis dan memperdaya mangsa dengan menawarkan bantuan kewangan.
“Seterusnya membawa mangsa ke lokasi kejadian, merampas telefon bimbit dan merogol mangsa,” katanya.
Tambahnya, hasil risikan selama lima hari, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu berjaya menjejaki dan menangkap suspek.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/376 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
















